
Fibonacci adalah satu teori yang menghasilkan satu ratio nombor yang selalu digunakan dalam kehidupan kita.Teori ini telah dijumpai oleh ahli matematik itali iaitu Leonardo de Pisa suatu ketika dahulu.Anda boleh google sendiri mengenai fibonacci ini untuk mengetahui aplikasinya yang lain tapi saya akan membincangkan teori ini didalam content forex market.
Nombor siri Fibonacci ini bermula dengan 0 dan 1 dan menghasilkan siri nombor dari hasil dari tambah nombor bersebelahannya. Maka terhasillah siri no seperti ini.
0,1,1,2,3,5,8,13,21,34,55,89,144,233,377,610,987.......sehingga lah infiniti.
Dari siri nombor terhasilah suatu ratio yang sangat berguna dipanggil Golden Ratio.
golden ratio ini adalah 1.618.
Kenapa 1.618?
setiap siri nombor fibo ini akan menghasilkan siri nombor berikutnya apabila didarabkan dengan ratio ini.
cth: 89x1.618 menghasilkan jawapan 144.
610x 1.618 menghasilkan jawapan 987
maka sebab itu lah ratio 1.618 ataupun bila diterbalikkan menjadi 0.618 merupakan golden ratio.
Didalam forex kita menggunakan ratio yang lain juga iaitu 0.382, 0.5, 0.618, 0.786, 1, 1.272.Ratio ini juga adalah hasil kembangan dari golden ratio yang kita sudah bincangkan itu iaitu 1.618 dan 0.618.
cth: 1.0 - 0.618 hasil 0.382
0.618 x 0.618 hasilkan 0.382
1.0 / 2 hasilkan 0.5
punca kuasa dua bagi 0.618 adalah 0.786
punca kuasa dua bagi 1.618 adalah 1.272
Sila klik link dibawah untuk melihat aplikasi Teori Fibonacci didalam Graf Forex