Forex quotes

apabila suatu pair currency contohnya GBP/USD , matawang GBP itu adalah dipanggil Base currency. Manakala USD adalah quote ataupun counter currency.

apabila kita memasuki sesuatu platform forex seperti MT4, pasti kita akan dapat lihat market watch seperti macam gambar kat atas tu.

BID bermaksud pembeli akan membeli pada harga yang rendah.
ASK pula bermaksud penjual akan menjual pada harga yang tinggi.

perbezaan dari bid dan ask adalah dipanggil Spread.
sebagai contoh dari market watch diatas bagi pair EUR/USD, harga Bid adalah1.4036 dan ask pula 1.4039. ini bermaksud spread yang dikenakan broker adalah sebanyak 3pip. Jadi bila kita open trade bagi pair ni, secara automatiknya kita akan dikenakan -3pip.

penting untuk kita tahu spread bagi sesuatu pair kerana sesetengah matawang akan dikenakan spread sebanyak 8 pip dan ada lebih dari 10 pip bergantung kepada sesuatu broker.selalunya matawang seperti EUR/USD ataupun GBP/USD merupakan major currency dan spread yang dikenakan adalah yang paling kecil dan sesuai untuk mereka yang baru belajar.