Support dan Resistance

Sekarang kita memasuki bab teknikal analisis dan sub topik adalah support dan resistance.
di dalam graf forex sebenarnya terdapat support dan resistance line yang kita tidak akan perasan jika tidak dianalis.

analis ini amat penting untuk digunakan dalam banyak teknik seperti teknik scalping, teknik breakout, dll.

bagi mengenal pasti support dan resistance antara cara yang digunakan adalah dengan plot garis pada graf.


graf diatas menunjukkan graf menaik atau dipanggil bullish graf. graf ini membentuk zig-zag kerana terdapat halangan dari resistance dan melonjak semula selepas terkena garisan support.
jadi garisan resistance adalah pada setiap top graf dan garisan support pada setiap bottom graf.

support dan resistance ini juga berkemungkinan akan breakout ataupun melepasi garisan resistance atau support.ini bergantung kepada kekuatan garisan support&resistance itu sendiri dan juga pada kekuatan gerakan momentum graf yang cuba melepasi garisan support&resistance.


seperti dilihat pada graf diatas, garisan pada 94.71 merupakan garisan resistance dan garisan pada 94.02 adalah garisan support.dari graf ini kita dapat lihat garisan support diuji sebanyak 2 kali.manakala garisan resistance pula diuji sebanyak 2 kali dan masuk kali ke 3 garisan itu breakout dan menembusi sehingga 95.15.

bagi mengetahui kekuatan sesuatu support resistance itu, kita boleh melihatnya dari berapa kali telah diuji garisan support dan resistance itu.jika sudah banyak kali sudah diuji tapi masih gagal itu bermakna garisan itu adalah kuat.

ini adalah contoh graf yang menunjukkan kekuatan sesuatu graf melalui beberapa kali ianya diuji.

mungkin sukar pada pertama kali untuk menganalis suport dan resistance ini, tapi dengan latihan yang banyak anda akan expert dengan mengenal pasti garisan ini dengan sekali pandang je. Jangan terperangkap dalam satu-satu Time frame saja apabila membuat analisis ini.gunakan setiap Time Frame supaya anda akan dapat lihat kekuatan support&resistance yang lebih besar.