Teori Elliot Wave

Teori ini telah dijumpai oleh seorang profesional akauntan yang bernama Ralph Nelson Elliot pada tahun 1930an dan nama teori ini diambil bersempena nama beliau. Teori ini digunakan ramai trader dalam meramalkan trand pasaran sesuatu matawang secara psikologinya. Teori ini juga dipanggil Theory 5-3 wave pattern.

5-3 wave patternTeori ini menyatakan 5 bentuk gelombang pertama(1,2,3,4,5) seperti yang kita lihat diatas dipanggil impulse waves.

3 bentuk gelombang terakhir iaitu a,b,c seperti diatas dipanggil corrective waves.

Berbalik semula kepada impulse waves, saya akan membincangkan bagaimana setiap bentuk kelima-lima gelombang itu terhasil.

wave 1
gelombang ini terhasil apabila segelintir trader merasakan harga matawang sudah cukup rendah dan tiba masa untuk BUY. Ini menyebabkan harga menaik sedikit.

wave 2
gelombang ini pula terhasil apabila tarder-trader tadi berfikir yang harga sudah cukup tinggi dan mereka perlu mengambil keuntungan. Oleh itu, graf ini menjunam sedikit dan membentuk gelombang ke-2.

wave 3
kebiasaan gelombang ini akan lebih tinggi dari gelombang pertama. Ini kerana wave 1 tadi telah diketahui lebih ramai trader yang melihat graf itu, jadi ramai trader berlumba-lumba untuk BUY dan terhasillah wave 3 yang lebih tinggi dari wave 1.

wave 4
trader-trader mula mengambil keuntungan sebab merasakan harga sudah cukup tinggi dan graf mula menjunam.

wave 5
sekali lagi graf kembali naik disebabkan ada lagi trader yang masih belum puas untuk BUY sehingga menyebabkan graf melampaui ketinggian dan mula terhasil corrective waves.


Sebenarnya teori Elliot Wave ini adalah kembangan dari teori 123 yang sudah dibincangkan terlebih dahulu.teori ini boleh juga digunakan untuk graf bearish bermakna berlawan arah dari contoh diatas.

Kita akan membincangkan pula bagaimana bentuk formasi bagi corrective wave.sila klik link dibawah.